Kursus makanan

Iwani Frozen Food Sdn Bhd merupakan syarikat 100% bumiputera pengeluar dan pengedar makanan halal terutamanya makanan sejuk beku. Makanan halal kini bukan lagi semata-mata isu agama Islam, tetapi sudah menjadi persoalan dalam bidang bisnes dan perdagangan. Sebagai contohnya diseluruh negara sekarang ada kira-kira 8,000 restoran Muslim. Bagaimanapun, bilangan orang Islam yang memiliki kilang memproses makanan seperti mi dan bihun boleh dibilang dengan jari. Justeru, jika strategi tidak dilakukan, usahawan Muslim akan pudar dan akhirnya lenyap. Tetapi yang paling penting ialah mutakhir ini didapati ada kilang yang dibuat oleh bukan Islam tidak mengikut hukum syarak dan menyebabkan ianya bukan sahaja tidak bersih tetapi TIDAK HALAL. Atas kesedaran ini untuk mengalakkan pembuatan makanan halal , melahirkan usahawan bermula dari kecil-kecilan dan atas permintaan ramai, Syarikat Iwani kini menawarkan

KURSUS MEMPROSES MAKANAN (HALAL)

 

Peserta Kursus ini sesuai bagi :

1. Bakal usahawan : Yang ingin memulakan perniagaan makanan dari rumah dengan modal yang kecil
2. Surirumah : Untuk kegunaan sendiri dalam menghasilkan produk makanan yang halal (disebab banyak kes-kes makanan yang diragui kehalalannya dewasa ini)
3. Usahawan : Yang ingin mendalami lagi sesuatu kaedah pemprosesan dengan cara yang betul.
4. Pegawai pengembangan daripada agensi kerajaan yang terlibat dalam industri makanan tempatan.
5. Bakal pesara

Kursus ini agak unik dan jarang ditawarkan oleh mana-mana organisasi kerana ianya :

  • Mengunakan peralatan yang asas dan murah yang boleh didapati dari rumah

 

 

  • Mengajar keseluruhan proses dari mula pembuatan, kebersihan dan cara untuk menjual
  • Boleh terus memulakan perniagaan dari rumah dengan modal yang kecil
  • Berpeluang menjadi pembekal kepada syarikat Iwani (Bergantung kepada terma-terma dans syarat-syarat yang ditetapkan)

Kursus kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Nombor rujukan

  1. Mee Kuning
  2. Kuey teow
  3. Bihun
  4. Minuman Soya
  5. Minuman Berperisa
  6. Tauhu manis
  7. Tauhu Keras
  8. Fucuk
  9. Fish Ball
  10. Fish Cake
  11. Keropok Lekor
  12. Nugget Ikan
  13. Burger
  14. Sata
  15. Otak-otak
  16. Sos Cili
  17. Sos Tomato
  18. Sos Tiram
  19. Pencicah
  20. Sos Lada Hitam
  21. Jus Kodial

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: